Monday, February 10, 2014

Umrah Terakhir Kami

 photo 1896976_758076250889156_844966016_n_zps6f40bb17.jpg

"Umrah terakhir bersama isteri tersayang sehari sebelum meninggal. Suasana ceria pagi tu tiada tanda2 yang saya akan di tinggalkan. Kami telah bertekat untuk membuat umrah tahun ni sebelum ke haji. Rupa2nya dia meninggal semasa umrah.

Saya yakin ini merupakan hadiah yang teristimewa untuk arwah kerana Allah telah memanggil untuk di kebumikan di tanah haram. Takdapat di bayangkan betapa terharunya perasaan ini dalam sekelip mata isteri tersayang sudah tiada. Mashallah tak dapat menahan airmata semasa sama2 dengan puluhan ribu jemaah masjidil haram menyembahyangkan arwah, saya memang terkenal dgn sikap tabah dan kental tapi rupa2nya tertewas dengan peristiwa tersebut, moga2 Allah memberi jannah kepada arwah.

Terasa terlalu sunyi perasaan ni, semangat terlalu rendah tertapi syukur anak2 ada di sisi utuk menampung kesedihan. Betapa kuasa Allah mengetasi segala2nya, diri yang sihat tiba2 dimatikan. Tiada terduga bagi hambanya bagi segala kesudahan, akhir kalam kita di mana dan bagaimana. Allah maha besar yang mempunyai kuasa menghidup dan mematikan.

Untuk arwah ini adalah khidmat terakhir saya walaupun dengan hati yang berat, berusha menguruskan pekebumian isteri tersayang, ya Allah hanya kau saja yang yahu betapa berat hati ini menanggung ujian ini, process mendapat pelepasan dari kedutaan malaysia merupakan ujian pertama kerana tiada surat sokongan yang lengkap tapi kuasa Allah mengatasi segalanya, beratus kali doa di baca meminta pertolongan Allah dan syukur semua pemasalahan di ringgankan, paling teruji ialah mendapat slot menyembahyang di masjidil haram, syukur segala rintangan yang getir dapat di atasi dengan pertolongan Allah.

Ya Allah hamba Mu bersyukur dapat bersama2 sembahyang jenazah bersama puluhan ribu kemaah.

Khidmat terakir diri ku untuk arwah dari menyusung jasat tersayang ke masjidil haram hinggalah mengangkat jenazah ke lahat, tak dapat menahan airmata dari berlinang namun aku kuatkan semanggat, terasa susah sanggat kali ini untuk mengekalkan semanggat yang hampir2 tiada, sungguh hairan betapa aku yang berjiwa keras ni jadi longlai dan terkapai2 meniti minit2 yang terlalu singkat.

Ya Allah kau tempatkan lah roh isteriku bersama para salihin dan ya Allah tenangkan hati ku dan anak2 berserta org2 yg sayangi beliau. Ya Allah cucurilah rahmat keayas arwah dan kami semua. Ya Allah kau kembalikan lah semanggat waja ku supaya aku dapat mengharungi sisa2 hidup ini. Amin"

Stumbled upon this heart shredding piece by the late Kak Nurul's husband. Its hard to contain these pearly beads from falling.

2 comments:

iNsOmNiAc said...

Al-Fatihah...

Tengkubutang said...

Alfatihah bbuat arwah..

sedihnya baca ..